Pada era globalisasi dan
multimedia tanpa limitasi ini, polemik amalan gaya hidup sihat sudah tidak
asing lagi dalam kalangan masyarakat. Pihak media massa sama ada media cetak
mahupun elektronik tidak jemu-jemu mengentengahkan perkara tersebut sebagai polemik
utama dalam pojok penulis khas, ruangan penulis jemputan, ruangan komentar atau
ruangan berita semasa. Peribahasa menyatakan bahawa kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang.
Dalam kalangan masyarakat pula, perkara tersebut sudah menjadi bahan percakapan
sensasi tidak kira dimana jua mereka berada seperti di sekolah, di restoran, di
rumah dan sebagainya. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya perkara di atas
sehingga di bahaskan di mana-mana. Amalan gaya hidup sihat bermaksud amalan
penjagaan kesihatan seseorang pada masa kini secara holistik baik kesihatan
tubuh badan mahupun kesihatan dan kebersihan persekitarannya. Hal ini kerana antara
manusia dan persekitarannya ada nilai 'check in balance'
terhadap kesihatan manusia. Oleh itu, kesihatan
amat penting dalam kehidupan seharian manusia. Persoalannya, bagaimanakah manusia dapat menjalani amalan
gaya hidup sihat mereka sehari-hari? Di bawah ini saya akan menyatakan cadangan
amalan gaya hidup sihat yang boleh dilakukan oleh seseorang individu.
Antara
amalan gaya hidup sihat yang boleh dilakukan oleh seseorang individu ialah
pengambilan makanan seimbang. Makanan seimbang bermaksud setiap diet makanan
perlu ada gabungan kumpulan makanan terdiri daripada karbohaidrat, protein, lemak, garam galian, vitamin
dan air. Hal ini kerana, makanan yang seimbang mengandungi pelbagai nutrien
yang diperlukan oleh sel-sel dalam badan kita. Sebagai contoh, seseorang
individu untuk mendapat berat badan yang lebih ideal perlu mengambil diet makan
terdiri daripada 60% karbohaidrat , 20% protein, 15% garam galian dan vitamin,
5% lemak dan air yang secukupnya. Selain itu, seseorang individu itu akan lebih
sihat kerana kurangnya risiko mendapat penyakit seperti sakit jantung, darah
tinggi, saikt buah pinggang dan sebagainya.
Pengambilan makanan seimbang juga membantu mengelakkan seseorang itu daripada mengalami obesiti.
Obesiti ini, eroninya berlaku apabila lemak yang diambil secara berlebihan
berkumpul di dalam badan dalam bentuk kasterol. Hal ini sering terjadi kepada
remaja hari ini kerana mereka tidak mengambil makanan yang seimbang. Kebanyakan
mereka lebih gemar mengambil makanan ringan berbanding makanan yang
menyihatkan. Berbalik kepada piramid makanan, pengambilan diet makanan yang
seimbang membawa kesihatan badan yang lebih unggul kerana makan seimbang
mengandungi semua zat yang akan diresap oleh badan. Oleh itu, jelaslah bahawa mengambil
makanan seimbang merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat.
Selain
itu, amalan gaya hidup sihat boleh dilakukan dengan cara memastikan kawasan
persekitaran yang bersih. Persekitaran yang bersih akan memastikan sumber
protein seperti ikan dan udang, udara yang terapung dipersekitaran hidup serta
sumber air tidak tercemar dan mengalami kerosakan. Hal ini kerana jika
persekitaran tidak bersih kita turut mendapat impak negatifnya. Sebagai contoh,
jika persekitaran sesebuah kawasan itu kotor, maka secara tidak langsung kita akan menghirup udara yang tidak
bersih. Hal ini sering terjadi bagi mereka yang tinggal berhampran sungai, di
mana semua sampah, sisa toksid dan bahan kimia dibuang ke dalam sungai. Tanpa
disedari air sungai tadi sudah tercemar. Hal ini bukan sahaja telah memberi kesan
kepada kehidupan seseorang individu itu sendiri, malah kepada negara. Imej
negara juga akan tercalar rentetan daripada kes ini. Hal ini yang demikian,
kerana Malaysia merupakan negara yang kaya dengan pelancong. Apakah tanggapan
pelancong jika melihat perkara ini? Mereka pasti menyangka yang negatif bukan.
Oleh itu, kita perlulah memastikan dan menjaga persekitaran supaya kekal bersih
agar sumber protein, air dan udara bersih dan nyaman dapat kita nikmati dan hirup
dengan selesa.
Seterusnya, seseorang individu
juga perlu mengamalkan senaman secara bulat hati. Senaman ialah aktiviti merengang dan membina
otot yang sudah tegang kembali lembut dan sihat akibat daripada aktiviti atau
pekerjaan yang dilakukan seharian. Kegagalan mengembalikan kesegaran otot, otot
akan menjadi artrophy
(otot mengecut) bak kata pepatah ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Senaman merupakan salah satu aktiviti riadah yang boleh
dilakukan dipersekitaran rumah kita pada
setiap masa. Cara terbaik melakukan senaman yang dicadangkan ialah melakukan senaman selama 30
minit yang dilakukan sebanyak dua kali
dalam seminggu. Antara contoh aktiviti
senaman fizikal termasuklah aktiviti berjalan
, berjoging, berbasikal keliling rumah
atau taman , bermain badminton dan sebagainya. Aktiviti fizikal dapat menghasilkan pembinaan
otot-otot badan, ligamen dan sendi yang kuat. Secara dalaman, bersenam juga dapat
menguatkan struktur jantung, otot-otot disekeliling jantung, salur darah untuk
menghantar darah segar beroksigen dalam kuantiti yang banyak pada masa yang
singkat untuk sekali tekanan . Menariknya,
berkebun juga merupakan salah satu aktiviti senaman yang boleh dilakukan pada masa lapang disamping membuka jalan impak yang positif. Selain dapat
mengeluarkan peluh, seseorang individu dapat menjimatkan kos bekalan makanan,
menceriakan persekitaran rumah dan dapat
membantu negara mengatasi masalah bekalan sayur-sayuran seperti cili, tomato,
sawi dan sebagainya. Oleh itu, jelaslah bahawa senaman adalah satu gaya hidup
sihat yang perlu dipraktikkan dalam setiap kehidupan manusia.
Selain
itu, amalan gaya hidup paling dituntut oleh setiap orang adalah amalan membuat
pemeriksaan kesihatan secara berkala. Pemeriksaan kesihatan berkala bermaksud
peperiksaan kesihatan terhadap fizikal individu secara tetap yang biasa
dilakukan oleh seseorang seperti pemeriksaan kesihatan sebulan sekali, tiga
bulan sekali, enam bulan sekali atau sekali setahun. Pemeriksaan berkala
seharusnya dilakukan oleh semua orang sama ada mempunyai penyakit atau sihat . Pemeriksaan
berkala boleh dilakukan di klinik yang dilantik oleh keluarga, klinik kerajaan,
klinik swasta atau hospital. Antara
pemeriksaan kesihatan secara berkala yang boleh dilakukan termasuklah
pemeriksaan gigi, darah dan sebagainya. Melalui pemeriksaan ini setiap individu
akan dapat mengetahui status kesihatannya pada setiap masa. Bagi individu yang
telah menghadapi penyakit darah tinggi, pemeriksaan yang telah ditetapkan oleh
doktor sekali sebulan perlu diikuti dan bekalan ubat-ubat yang diberi perlu
dihabiskan mengikut jadual pemakanan ubat yang telah ditetapkan. Selain pesakit
mendapat khidmat nasihat dari doktor pakar, individu juga dapat mengetahui
perkembangan status penyakitnya sebagai rujukan dari semasa ke semasa. Hal ini
sangat efektif bagi mengurangkan penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Adalah
jelas bahawa pemeriksaan kesihatan secara berkala bak kata pepatah pahit dahulu, manis
kemudian wajar dilakukan oleh setiap individu sebagai salah satu
amalan gaya hidup sihat.
Konklusinya,
amalan gaya hidup sihat adalah sinonim dengan kehidupan seharian kita bak kata
pepatah sediakan
payung sebelum hujan. Ini bermaksud kita perlu menyediakan diri
dalam keadaan siap
siaga ke atas kesihatan diri kerana penyakit akan datang dalam diri
kita pada bila-bila masa bak kata pepatah hari tidak selalunya panas. Oleh itu kita perlulah
menjaga kesihatan kita sebaik-baiknya pada setiap masa dari dari sebarang penyakit bak kata pepatah jerat tidak lupa akan pelanduk, tetapi pelanduk
lupa akan jerat. Janganlah
sudah sakit baru kita mahu menjaganya umpama kata pepatah sudah terhantuk baru terngadah kerana diwaktu
itu nasi sudah
menjadi bubur. Tiada apa lagi yang boleh kita lakukan diwaktu itu. Jika
kita cuba mengubati diri sendiri dengan cara sendiri diwaktu itu ibarat tikus membetulkan
labu-labunya . Dikala itu hanya kekesalan yang akan dapat kita
tangisi kerana penyakit sudah terjadi bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna lagi. Kesihatan adalah anugerah Allah yang sangat bernilai
dan perlu dijaga rapi. Jagalah ia sebaik mungkin sebelum nikmat dan anugerah
tersebut ditarik semula.
Isi lain dicadangkan
# Rehat yang cukup
# Bercuti untuk melancong dan berlibur
#Tidak merokok
#Tidak mengamalkan seks bebas
#Tidak tidur lewat
No comments:
Post a Comment