1. Nyatakan keadaan diri Munsyi ketika bertemu dengan Mel. [2 markah]
Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga dan menghargai khazanah lama.? [3 markah]
Set 5 (Percubaan Terengganu 2020)
Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dek
benih penjajah yang menanamkan racun perkauman melalui sistem pecah perintah, bernanahlah
segala prasangka buruk sebelum meletusnya tragedi sengketa dan rusuhan antara
warga kota yang mewakili bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa dan budaya.
Akibatnya, darah dan korban menjadi
saksi kepada sebuah api pergolakan sehingga mencetuskan huru-hara kepada negara
yang baru setahun jagung menghirup udara kemerdekaan. Seperti kata bonda kepada
saya setiap kali menjengah kalendar Mei pada wajah hari.
“tanah air ini pernah bernyala api
tragedi. Penjajah menabur bara sengketa melalui pengagihan sumber kekayaan bumi
ini yang tidak seimbang. Bangsa pertama ditempatkan di bandar-bandar besar
sebagai peniaga dan pengusaha lombong bijih timah. Bangsa kedua terbiar
daripada arus pembangunan dengan mendiami kampung-kampung tradisional di luar bandar
sebagai nelayan dan pesawah. Bangsa ketiga pula terus-menerus melarat dalam
kemiskinan di ladang-ladang dan estet yang serba mundur. Masing-masing terpisah
oleh tembok dan banteng perkauman yang tebal. Tiada usaha untuk penyatuan
setiap bangsa melalui satu bahasa pertuturan atau agihan kekayaan yang
saksama.”
Saya hayati cerita bonda tentang
sejarah yang hampir memusnahkan negara ini. Kota besar itulah yang menjadi
gelanggang pertumpahan darah dan korban kematian yang bukan sedikit. Semuanya
berlaku angkara kejahilan terhadap salasilah tanah air yang terpecah kepada
pagar-pagar perkauman yang tebal.
Dipetik daripada
cerpen ‘Munsyi’ ms 56 dan 57
oleh Husna Nazri
dalam antalogi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian
Pendidikan Malaysia.
(i) Berdasarkan
petikan di atas, nyatakan lokasi-lokasi tempat tinggal setiap kaum yang
ditempatkan oleh
penjajah? [2
markah]
(ii) “Dek benih penjajah yang menanamkan racun
perkauman melalui sisten pecah dan
perintah, akhirnya masyarakat
negara kita sering berperangsa buruk.”
Pada pendapat anda,
bagaimanakah cara pihak sekolah dapat merapatkan jurang
perkauman antara murid yang
berbilang kaum di sekolah? [3 markah]
(iii) Huraikan
satu persoalan yang terdapat di dalam petikan di atas dan satu persoalan lain
daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat di dalam petikan. [4
markah]
i) lokasi-lokasi
tempat tinggal setiap kaum yang ditempatkan oleh penjajah
P1 Kaum Cina di bandar-bandar besar.
P2 Kaum Melayu mendiami kampung-kampung tradisional di luar
bandar
P3 Kaum India di ladang-ladang dan estet
Maksima: 2 markah
isi cukup:2
ii) Pada pendapat saya, cara pihak sekolah merapatkan
jurang perkauman di dalam sekolah
P1 Menempatkan
murid yang berbilang kaum di dalam kelas yang sama
P2 Murid
berbilang kaum dilibatkan dalam semua aktiviti di sekolah
P3 Menerapkan perasaan saling menghormati
berbilang kaum melalui semua mata pelajaran
P5 Mengadakan aktiviti kokurikulum yang melibatkan murid berbilang kaum
Markah maksima : 3
markah
Isi Cukup: 2
Iii) Persoalan
Persolan di dalam petikan
P1 Pecah dan perintah oleh penjajah.
Contohnya pihak penjajah mengasing-asingkan
penempatan dan ekonomi tiga kaum.
P2 Persoalan sentimen perkauman akibat perbezaan fahaman, Bahasa dan budaya. Misalnya, berlaku pertumpahan darah dan kematian pada awal kemerdekaan negara.
P3 Persoalan kerjaya yang berbeza mengikut
lokasi penempatan penduduk.
Misalnya, kaum Cina di bandar-bandar besar sebagai
peniaga atau pelombong bijih, kaum Melayu di kampung-kampung tradisional
sebagai pesawah dan nelayan. Kaum India pula, sebagai buruh di lading-ladang.
Persoalan dalam keseluruhan cerpen
K1 Persoalan
ketaatan anak terhadap seorang ibu.
Contohnya, penulis patuh akan nasihat
ibunya supaya memenuhkan dada dengan ilmu
pengetahuan sebelum berhijrah ke
bandar.
K2 Persoalan
keruntuhan moral remaja di kota.
Misalnya, penulis menyaksikan kehidupan anak
muda kota yang bebas bergaul antara lelaki dan
perempuan.
K3 Persoalan
penggunaan Bahasa pasar atau Bahasa rojak oleh remaja di kota.
Misalnya, remaja
di kota menuturkan Bahasa ciptaan mereka yang sukar difahami.
K4 Persoalan
kasih saying seorang ibu terhadap anak.
Contohnya, ibu penulis menasihati
penulis agar membuat persediaan yang cukup sebelum ke
kota agar anaknya tidak
terpengaruh dengan gaya hidup yang bebas
di kota.
K5 Persoalan keinginan anak muda berhijrah ke
bandar untuk membina kehidupan.
Contohnya Mel memohon keizinan ibunya untuk
berhijran ke bandar bagi membina
kehidupannya seperti kebanyakan remaja lain.
K6
Persoalan tentang kerajinan menuntut ilmu.
Contohnya, Mel telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan
Hikayat Hang Tuah serta rajin
membaca buku-buku lama bertulisan jawi milik
ibunya.
K7 Persoalan
tentang amanah dalam menunaikan tanggungjawab.
Contohnya, Mel patuh pada arahan
bonda untuk menjaga buku-buku dengan baik dan berjaya
menyerahkan buku tersebut
kepada rakan lama bonda iaitu Munsyi.[1+1]
Soalan Set 6 Percubaan Kelantan SPM 2020
P1 memenuhkan dada dengan ilmu pengetahuan 1
P2 memenuhkan dada dengan pengalaman 1
P3 memahirkan lidah dengan bahasa ibunda 1
P4 memenuhkan dada dengan ilmu berkaitan kewajipan 1
[Maksimum : 2 markah] [Isi cukup : 2 isi]
(ii) Kepentingan mempelajari sejarah tanah air kepada generasi muda
P1 memupuk semangat patriotik 1
P2 menyemai perpaduan antara kaum 1
P3 mempelajari kesilapan lalu 1
P4 menghargai budaya dan warisan negara 1
P5 memelihara kedaulatan negara 1
(Kepentingan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
[Maksimum : 3 markah] [Isi cukup :2 isi]
(iii) Persoalan dalam petikan
P1 Persoalan semangat patriotik dalam jiwa anak muda.
P2 Persoalan kepentingan mempelajari sejarah.
kali kedua. [1+1]
P3 Persoalan keperluan menuntut ilmu dalam kehidupan.
kepadanya. [1+1]
Persoalan dalam keseluruhan cerpen
K1 Persoalan keinginan anak muda berhijrah ke bandar.
kehidupannya. [1+1]
K2 Persoalan ketaatan seorang anak terhadap ibu bapa Mel mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah ke
bandar kerana Mel masih belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di sana. [1+1] (Persoalan yang lain boleh diterima
sekiranya sesuai)
[Maksimum : 4 markah] [Isi cukup :2 isi (P + K)]
No comments:
Post a Comment