BAHAGIAN C: RUMUSAN
(30 Markah)
Soalan 9 : RUMUSAN
BAHAN 1
Baca petikan dan
teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan . Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan dan bahan grafik.
Organisasi Buruh Antarabangsa
(ILO) PBB berkata, prospek kerjaya orang berusia 18 hingga 29 tahun juga
mengalami kesan dari pandemik COVID-19, manakala pelajar menghadapi suasana
suram terhadap pendidikan mereka.
Laporan ILO bertajuk 'Belia dan
COVID-19: kesan pada pekerjaan, pendidikan, hak dan kesejahteraan mental' ke
atas remaja berusia 18 hingga 29 tahun di 112 negara terjejas akibat krisis itu
mendapati kesan pandemik pada belia menjadi sistematik, mendalam dan tidak
seimbang terutama pada wanita muda, remaja dan remaja di negara berpendapatan
rendah.
Tinjauan mendapati 13 peratus
responden tanpa akses ke kursus, pengajaran atau latihan, sementara lebih 70
peratus mengatakan mereka terjejas teruk oleh penutupan pusat pendidikan
mereka. Dengan kursus yang beralih ke atas talian, tinjauan menunjukkan wujud
jurang digital mendalam terutama bagi belia di negara berpendapatan rendah.Justeru,
akses yang lebih baik untuk peluang pembelajaran atas talian dan program
pengajaran yang disesuaikan dengan maya sangat diperlukan.
"Bukan itu saja, pandemik
ini beri kesan pada pekerja muda, memusnahkan karier dan merosakkan prospek
kerjaya mereka. Justeru, tindakan segera, skala besar dan maklum balas polisi
pekerjaan disasarkan amat diperlukan untuk melindungi seluruh generasi muda
dari prospek pekerjaan mereka yang terus terjejas oleh krisis," menurut
laporan ILO.
Tinjauan turut mendapati 17
peratus mungkin mengalami kesan kegelisahan dan kemurungan. Ia menggesa
perkhidmatan kesihatan mental diperluas kepada orang-orang muda yang berdepan
dengan situasi itu. – AFP
No comments:
Post a Comment