Selepas mengikuti kupasan jawapan di Video, sila jawab soalan yang sama yang disertakan.
Baca gurindam di bawah
ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah
cita-cita.
Apabila
terpihara kuping,
Khabar yang
jahat tiadalah damping.
Apabila
terpelihara lidah,
Nescaya dapat
daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh
engkau memeliharakan tangan,
Daripada
segala berat dan ringan.
Apabila perut
terlalu penuh,
Keluarlah fiil
yang tiada senonoh.
Anggota tengah
hendaklah diingat,
Di situlah
banyak orang yang hilang semangat.
Hendaklah
peliharakan kaki,
Daripada
berjalan yang membawa rugi.
MOHD YUSOF MOHD NOR dan ABD
RAHMAN KAEH ( Penyelenggara )
SET 1
(i) Berdasarkan gurindam di atas, berikan dua kebaikan jika seseorang itu sentiasa menjaga telinga dan kakinya. [ 2 markah ]
(ii) Sebagai manusia biasa, seseorang
tidak pernah lepas daripada melakukan
kesalahan dan kesilapan .
Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar dilakukan jika seseorang itu menyedari akan kesalahan yang telah dilakukan ? [ 3 markah ]
(iii) Huraikan dua pengajaran yang terkandung dalam gurindam tersebut ? [ 4 markah ]
SET 2
(i) Berdasarkan gurindam tersebut, berikan dua kebaikan jika seseorang itu menjaga mata dan lidah ? [ 2 markah ]
(ii) Ungkapan lidah
lebih tajam daripada mata pedang memberikan gambaran betapa pentingnya kita
menjaga pertuturan dalam pergaulan.
Pada pendapat
anda, mengapakah kita perlu menjaga tutur kata dalam kehidupan
seharian? [ 3 markah
]
(iii) Huraikan dua persoalan yang dapat diambil daripada gurindam tersebut. [ 4 markah ]
GURINDAM
DUA BELAS (FASAL YANG KETIGA)
SET 1
(i)
Dua kebaikan
P1 Tidak akan mendengar hasutan/kejian/hinaan/fitnah
P2 Tidak pergi ke tempat yang tidak baik/ tempat maksiat [Maksimum:2
markah]
(ii) Tindakan yang wajar dilakukan
P1 Berhenti daripada melakukan kesalahan itu
P2 Segera bertaubat
P3 Berazam tidak mahu mengulangi kesalahan yang sama
P5 Menggantikan kerosakan atau kerugian yang telah dilakukan
P6 Memutuskan hubungan dengan rakan-rakan yang membawa pengaruh negatif/tidak baik
P7 Memperbanyak istifar dan melakukan amalan baik sepanjang kehidupan
[Maksimum:3
markah]
[Isi cukup: 2 isi]
(iii) Pengajaran
P1 Kita hendaklah memelihara penglihatan agar tidak menimbulkan
keinginan yang tidak baik. [1+1]
P2 Kita hendaklah menjaga pengambilan makanan agar tidak mendatangkan
kemudaratan [1+1 ]
P3 Kita haruslah menjalani kehidupan dengan penuh bersemangat supaya
segala yang dicita citakan
tercapai [1+1 ]
P4 Kita mestilah bijak menuturkan kata-kata agar tidak menyakiti hati dan perasaan orang lain [1+1 ]
P5 Kita hendaklah memelihara pendengaran
agar terhindar daripada perkhabaran yang tidak
benar [1+1]
P6 Kita mestilah memelihara tangan
daripada mengambil barang yang bukan
hak kita agar dihormati
oleh masyarakat [1+1]
P7 Kita perlulah menjaga kaki daripada melangkah ke tempat-tempat yang tidak baik/maksiat agar tidak menimbulkan fitnah /prasangka buruk masyarakat [1+1]
[Maksimum:4
markah]
SET
2
(i)
Dua kebaikan
P1 Tidak melihat perkara yang dilarang oleh Tuhan/
perkara yang mungkar
P2 Tidak menyakiti hati dan perasaan orang lain
[Maksimum:2
markah]
(ii)
Sebab
perlu menjaga tutur kata
P1 Kita tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak baik
P5 Hidup menjadi aman damai
P6 Tidak menyinggung perasaan orang lain
P7 Menjaga nama baik diri
[Maksimum:3
markah]
[Isi cukup: 2 isi]
(iii)
Persoalan
P1 Persoalan tentang kepentingan memelihara penglihatan
Contoh:
Penglihatan yang dijga dengan baik tidak menimbulkan keinginan yang tidak baik. [1+1]
P2 Persoalan tentang kepentingan menjaga pengambilan makanan
Contoh: Pengambilan
makanan yang dikawal tidak mendatangkan kemudaratan
[1+1 ]
P3 Persoalan tentang kepentingan menjalani kehidupan dengan penuh
bersemangat
Contoh: Jika menjalani
kehidupan dengan penuh bersemangat segala yang dicita citakan tercapai
[1+1 ]
P4 Persoalan tentang kebijaksanaan menuturkan kata-kata
Contoh: Jika bijak
menuturkan kata-kata tidak akan menyakiti hati dan perasaan orang lain
[1+1 ]
P5 Persoalan tentang kepentingan memelihara pendengaran
Contoh:Jika memelihara
pendengaran akan terhindar daripada
perkhabaran yang tidak benar
[1+1 ]
P6 Persoalan tentang kepentingan memelihara
tangan
Contoh: Jika memelihara tangan daripada mengambil
barang yang bukan hak kita, kita akan
dihormati oleh masyarakat
[1+1 ]
P7 Persoalan tentang kepentingan
menjaga
kaki
Contoh: Jika menjaga kaki daripada melangkah ke
tempat-tempat yang tidak baik/maksiat tidak
akan menimbulkan fitnah
/prasangka buruk masyarakat
[1+1 ]
[Maksimum:4
markah]
No comments:
Post a Comment