Thursday, August 11, 2016

Usaha-usaha pelbagai pihak menangani gejala sosial

Soalan:
Gejala sosial dalam masyarakat masih terus berlaku sehingga masa kini.
Huraikan usaha-usaha pelbagai pihak untuk menananginya.

Pemimpin negara telah mencanangkan bahawa negara kita sedang menuju ke status negara maju pada tahun 2020. Walau bagaimanapun masih terdapat halangan-halangan yang perlu kita leraikan.  Antara halangan yang masih belum dapat dirungkaikan secara tuntas ialah masalah gejala sosial yang ditimbulkan oleh generasi pelapis kita. Sehubungan itu, pelbagai agensi dibentuk dan dikerah untuk menanganinya. Namun usaha-usaha pihak berkenaan bagaikan mencurah garam ke laut tidak memperlihatkan kesan sebagaimana yang diharapkan. Dimana silapnya? Adakah usaha kita itu masih lagi belum memadai? Sehubungan dengan itu, peranan masyarakat yang rapat dengan remaja perlu turut bekerjasama menangani gejala sosial secara sepakat selari dengan kata pepatah yang berbunyi bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Peranan masyarakat yang berkepentingan akan saya rungkai dalam perenggan-perenggan selanjutnya.


ISI 1: PENAGIHAN DADAH
Soalan
Kandungan
Apa isi?
Penagihan dadah
Bagaimana?
Terikut-ikut cara kehidupan rakan sebaya yang bersikap negatif seperti menghisap rokok.
Bila?
Semasa ponteng sekolah dan tidak mempunyai aktiviti berfaedah
Dimana?
Berkumpul dan melepak di rumah kosong dan belukar yang jauh dari pandangan masyarakat
Kesannya
Merosakkan fizikal dan mental  orang muda- masyarakat berpenyakit- masyarakat yang lemah-negara hilang tenaga muda yang perkasa dan berfikiran kritis untuk membangunkan negara.
Siapa kena bantu?
Peranan ibu bapa - mengawal pergerakan dan pergaulan anak-anak - memberi didikan agama secukupnya - mengenal pasti rakan anak2 - sering bersama-sama anak - melayan anak2 mengikut tahap umur - mewujudkan hubungan kekeluargaan yang intim dan bahagia
Peribahasa- melentur buluh dari rebungnya
Penutup kecil
Jelaslah peranan ibu bapa –membantu komuniti mengatasi masalah penagihan dadah dalam masyarakat
Perenggan Lengkap :

Antara gejala sosial dalam masyarakat yang utama ialah penagihan dadah dalam kalangan generasi muda. Mengikut laporan dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyatakan bahawa penagihan dadah melibatkan generasi muda seusia belasan tahun. Penagihan dadah bermula dari perasaan ingin mencuba. Selain itu, generasi muda terikut-terikut dengan cara kehidupan rakan sebaya yang bersikap negatif.seperti menghisap rokok dan ponteng sekolah. Semasa ponteng sekolah, kumpulan ini akan berkumpul dan melepak di rumah kosong atau belukar yang jauh dari pandangan masyarakat. Kesan dari penagihan dadah akan mengakibatkan fizikal dan mentel penagih mengalami kerosakan saraf dan deria rasa. Lebih malang lagi penagih dadah hilang ketahanan imunisasi dan mendapat penyakit berbahaya seperti AIDS. Dalam jangka panjang, negara akan kehilangan pemuda dan pemudi negara yang perkasa dan mantap dari segi pemikirannya dalam menjana idea untuk pembangunan negara. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu mengambil berat hal ehwal anak-anak mereka seperti mengawal pergerakan dan pergaulan anak-anak, memberi didikan agama yang secukupnya, melayan anak-anak mengikut tahap umur secara bijak dan mewujudkan hubungan kekeluargaan yang harmonis. Ibu bapa yang bertindak menyediakan anak-anak mereka yang lengkap dari segi keperluan emosi, fizikal, mental dan sahsiah dari usia muda selari dengan peribahasa yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya dapat membantu melahirkan masyarakat yang teguh imannya menolak ancaman dadah.    
                                                                                                                 ( 205 patah perkataan)


No comments:

Post a Comment

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...