5. Tulis sebuah karangan bertajuk
"Kalau saya kaya".
a. Pendahuluan
Kalau aku kaya
Kalau aku kaya
(Altimet)
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0
Dan kalau aku mampu
(Jangan pening kepala, aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
Kalau aku kaya
(Altimet)
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0
Dan kalau aku mampu
(Jangan pening kepala, aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
Mendengar
bait-bait lagu "Kalau Aku Kaya" Dendangan Awi Rafail dan Altimate
yang berkumandang setiap hari di corong-corong radio sangat mengujakan hati
aku. Setiap hari hatiku berdetik untuk menjadi kaya. Aku juga ingin menjadi
seperti apa yang dilagukan dalam setiap bait seperti orang lain. Walaupun tidak
berpelajaran seperti Bill Gates aku tetap akan berusaha mencapainya. Berikut
adalah suara hati dan impian yang aku
ingin lakukan jika aku menjadi kaya.
b. Isi relevan
Langkah pertama yang akan aku lakukan ialah membina bangunan besar 100 tingkat. Bangunan ini ku dirikan untuk keperluan premis
perniagaan dan perhotelan yang lengkap dengan parking yang luas. Bangunan ini akan
aku sewakan dari tingkat pertama sehinggalah tingkat ke 99. Tingkat 1 hingga 10 akan aku sewakan
kepada gedung-gedung berjanama dan hotel
bertaraf lima bintang dari seluruh dunia. Penganjuran acara-acara peringkat antarabangsa menjadi sasaran agar bangunan yang aku bina mendapat liputan di sekuruh dunia. Aku juga akan menjadi pelabur dan pemegang saham
gedung-gedung perniagaan terkenal dan hotel yang
menyewa lot bangunan yang aku bina sebagai rakan kongsi. Tingkat ke 100 pula akan menjadi milik kami sekeluarga
yang dilengkapi dengan perabut jati, beralaskan kulit haiwan yang aku sukai seperti kulit kijang dan kulit harimau. Selain itu, pinggan mangkuk bersalutkan emas.
Sistem elektronik melingkari
keseluruhan bangunan kami. Di dalam bangunan ini akan aku lengkapi
dengan sauna, bilik pelbagai sukan dalaman, gimnasium kolam renang dan
kolam jaguzi. kami juga akan
melengkapi bumbung bangunan dengan lima landasan untuk helikopter mendarat.
Isi 2. Membeli jet dan helikopter
peribadi
Seterusnya, aku akan membeli sebuah jet dan helikopter peribadi. Aku suka terbang bebas diudara dan melihat seluruh alam dengan cara yang meluas dari udara. Sebelum membelinya, aku perlu menyediakan 'hanger' yang luas iaitu tapak simpanan
kapal terbang dan helikopter yang luas
dan dalam masa sama untuk disewakan
kepada pemilik jet dan helikopter lain lengkap dengan penyediaan kumpulan pakar kejuruteraan
aeronautik dari seluruh dunia. Pembelian kenderaan peribadi membolehkan aku
terbang ke mana-mana lokasi yang aku sukai pada setiap hari dalam tempoh masa yang pantas untuk melancong sambil
mencari peluang-peluang perniagaan dalam tempoh yang singkat. Aku juga akan melakukan solat lima waktu di Mekah pada setiap hari.
Menggunakan kedua-dua kenderaan ini dapat mengelakkan diri aku dari melakukan banyak pembaziran seperti masa, tenaga dan wang ringgit kerana polemik kesesakan
lalu lintas dan ancaman pencemaran gas beracun dan permukaan jalan berdebu jika berkereta pada setiap hari seperti di kota metropolitan Kuala Lumpur. Dengan mempunyai jet dan helikopter peribadi yang mewah dapat menonjolkan diri aku sebagai ahli perniagaan dan orang
kaya yang dihormati.
Isi 3. Membeli emas fizikal 100 kilogram sebagai simpanan tetap.
Selanjutnya, aku akan membeli 100 kilo emas fizikal
dalam bentuk jongkong dan barang kemas. Antara produk emas
fizikal yang diterima ramai dan di seluruh dunia ialah emas dari syarikat Pamp Suisse. Persoalannya
mengapa saya kena melabur dalam emas
fizikal. Jawapannya ialah kesan sebenar harga binatang ternakan pada zaman ini mempunyai analogi cerita nilai haiwan ternakan yang dibicarakan masa lalu dan masa kini hampir sama dengan nilai logam emas dan perak pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Jika masa lalu harga seekor ayam bersamaan dengan 1 dirham (wang perak) dan
harga seekor kambing bersamaan 1 dinar
(wang emas), pada hari ini nilai kedua-dua haiwan tersebut masih tetap sama masing-masing kekal 1 dirham dan 1 dinar. Bukti lain ialah keadaan ekonomi semasa. Aku sangat tertarik dengan cadangan harga emas semasa dunia oleh pakar-pakar
pelaburan emas dari laman web Kitco yang mengupas
hal perdagangan emas menjangkakan
harga emas akan naik sehingga RM500.00/gram tahun 2020. Ini bermakna jika kita beli
pada hari ini sebanyak 100kilo =100,000
gram pada harga RM150/gram pada tahun 2015 bersamaan
RM15,000,000.00, pada tahun 2020 nilai emas yang sama berat akan berharga
RM50,000,000.00. Lima tahun menyimpan emas fizikal membolehkan nilai wang berbelas juta
menokok kepada puluhan
juta ringgit.
Melabur dalam pelbagai saham untuk
menambah wang yang ada terutama dalam
pelaburan yang memberi dividen melebihi 10% setahun. Pelaburan saham yang terpilih dari saham syarikat
berorentasikan pelaburan teknologi baru, hartanah, minyak, pertanian dan emas.Aku juga ingin
menjadi seperti George Soros dan Warren
Buffet yang memiliki ilmu pelaburan untuk
menggandakan wang yang dimiliki. Aku juga akan meminjamkan wang yang
ada kepada negara-negara kecil yang memerlukannya melalui bank-bank yang diiktiraf dunia.
(Sila kembangkan sendiri)
Isi 5. Membina kilang makanan asas
Membina
kilang menyedia dan membuat makanan asas seperti beras, tepung dan gula. Beras, tepung
dan gula merupakan makanan asas. Saya mahu memecahkan
monopoli dari bangsa asing. Selain membantu memberi sumbangan kepada tenaga kerja dapat memberikan
khidmat sosial dalam menyediakan
bekalan makanan secara berterusan kepada rakyat dengan harga yang mampu
dibeli oleh rakyat. Rakyat
pasti gembira, negara akan aman dan makmur.Rakyat akan bekerja, bergaji dan taraf hidup mereka meningkat.
(Sila kembangkan sendiri)
Isi 6. Membina yayasan Membina sebuah yayasan bernama
Yayasan Yat Jawa. Yayasan ini akan aku suntik dalam akaun sebanyak 100 juta. Matlamatnya
untuk memberi bantuan kepada pembinaan masjid, sumbangan kepada anak-anak
yatim dan biasiswa kepada
pelajar cemerlang. Dengan pembiayaan
ini, masjid akan lebih sempurna,
anak- anak yatim terbela kehidupannya, dan pelajar-pelajar yang menerima biasiswa seterusnya bekerja sebagai pakar
dalam semua entiti perniagaan
yang akan aku wujudkan. Aku akan memastikan pelajar tajaan aku tidak menggangur selepas
tamat pengajian.
(Sila kembangkan sendiri)
Isi 7. Membeli sebuah pulau untuk didirikan bandar lengkap dengan prasarana berteknologi tinggi.
Membeli sebuah pulau seperti pulau Sipadan di Sabah. Alam sekitar akan dipelihara sepenuhnya untuk memastikan bandar yang selamat umpama sebuah syurga. Tetamu dari orang kaya menjadi keutamaan. Dari pinggir pantai hingga di dalam pulau akan dibina bangunan-bangunan yang menggunakan kemudahan sains dan teknologi terkini. Modul bandar dalam cerita sains fiksyen seperti Star Wars menjadi paksi pembinaan bandar yang aku hajati. Kenderaan dalam bentuk dron akan mengisi ruang angkasa bandar yang akan dibina. Enjin kenderaan yang menggunakan minyak biodiesel menjadi keutamaan.
(Sila kembangkan sendiri)
c. Penutup
Kekayaan
aku bukanlah untuk kegunaan buat diri
sendiri semata-mata tetapi yang sebenarnya di dalamnya ada milik orang lain
juga. Aku hanyalah sebagai pemegang amanah yang dikurniakan oleh Allah untuk
mentadbir kekayan yang diberi sebaik mungkin untuk mendapatkan keberkatan di
dunia dan akhirat. Aku akan berpegang kepada
pepatah Melayu kalau asal benih
yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
No comments:
Post a Comment