Pada era globalisasi ini, negara
amat mengharapkan kehadiran remaja yang berkualiti demi menjadi pelapis kepada
pucuk pimpinan negara pada masa depan. Hal ini demikian kerana, remaja yang
cemerlang berupaya menjadi pemangkin ke arah merealisasikan wawasan negara
menjadi negara naju pada tahun 2020. Berikan aku 100 orang pemuda, nescaya aku
dapat menggegarkan dunia, namun jika aku diberikan 1000 orang tua, maka
tewaslah aku. Inilah antara ucapan mantan Presiden Indonesia iaitu Sukarno yang
menggambarkan peri pentingnya remaja sebagai aset berharga kepada sesebuah
negara. Oleh itu, remaja perlu mempunyai keperibadian yang meliputi ciri-ciri
sebagai remaja yang ideal.
Pada hemat saya, remaja yang cemerlang ialah remaja yang memiliki dan menghargai ilmu pengetahuan. Ingatlah, ilmu pelita hidup yang akan memandu kita tanpa mengira masa. Dalam hal ini, remaja yang cemerlang pasti akan berusaha sedaya upaya untuk menimba ilmu agar ilmunya sentiasa bertambah. Remaja yang cemerlang akan bersedia dan sanggup berjuang untuk menimba ilmu walaupun dihimpit berbagai-bagai masalah seperti kemiskinan, masalah keluarga, kesihatan dan masalah-masalah lain. Sekiranya diberi pilihan sama ada ilmu ataupun harta, remaja yang cemerlang akan memilih ilmu kerana ilmu boleh memanfaatkan hidupnya, agama, keluarga, masyarakat dan negara. Remaja yang cemerlang menyedari sekiranya mereka memilih harta , harta akan habis dek tiada ilmu untuk memanfaatkan harta tersebut dan kemungkinan harta tersebut membinasakan dirinya. Berdasarkan ilmu yang dimiliki oleh remaja yang cemerlang, dia akan dapat membezakan perkara yang baik dan perkara yang buruk. Tuntasnya, remaja yang cemerlang akan sentiasa menjadikan ilmu sebagai keutamaan dalam hidupnya kerana percaya bahawa ilmu jambatan hidup ataupun ilmu pelita hidup.

No comments:
Post a Comment