Tajuk : Langkah-langkah mengatasi pencemaran sungai.
Sungai
merupakan nadi
kehidupan semua benda hidup termasuk manusia, haiwan dan hidupan lainnya.
Sungai memberikan sumber air bersih kepada kita untuk menyempurnakan kegiatan
asas harian kita untuk minuman, memasak makanan dan mandi. Sejak zaman dahulu
sungai menjadi jalan perhubungan dan pengangkutan dari satu destinasi ke
destinasi lain. Malahan sungai juga memberi sumber makanan yang kaya
dengan protin kepada manusia. Selain
itu sungai yang bersih juga dapat menyumbang hasil pendapatan kepada negara
melalui produk pelancongan berasaskan sungai. Namun begitu, selaras
dengan peralihan zaman, masalah pencemaran air semakin menjadi-jadi. Pencemaran
yang berlaku telah mengakibatkan kawasan tadahan air dimusnahkan. Hal ini juga
telah banyak memberikan implikasi yang buruk kepada manusia dan hidupan lain,
terutamanya hidupan akuatik. Sejurusnya, kita perlu sediakan payung sebelum
hujan dengan mengadakan langkah pengawalan kebersihan sungai dari sekarang.
Antara langkah-langkah mengatasinya dapat dijelaskan pada perenggan-perenggan
selanjutnya.
Langkah primer ialah kerajaan perlu mengadakan Kempen
Cintai Sungai. Kempen
Cintai Sungai telah dimulakan sejak tahun 1993 yang dianjurkan oleh Jabatan Pengairan
dan Saliran. Kempen ini menumpukan kepada aktiviti-aktiviti gotong-royong
membersihkan sungai. Selain dapat merapatkan hubungan antara masyarakat,
aktiviti gotong-royong juga dapat menyemai sikap menyintai sungai kita
dalam kalangan masyarakat setempat. Selain membersihkan sungai, aktiviti ini
turut membabitkan kerja-kerja pengindahan sungai seperti penyediaan kemudahan
rehat di sungai-sungai berkenaan. Antara sungai-sungai yang terlibat
termasuklah Sungai
Muar dan Sungai Batu Pahat. Aktiviti ini seharusnya diadakan secara berkala
sepanjang tahun dan melibatkan perbagai kategori dimana setiap kategori akan
dipertandingkan bagi memupuk minat masyarakat setempat ke arah menyintai
sungai. Antara kategori tersebut ialah Kategori Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung, Kategori Sekolah dan Kategori Perlancongan. Selain itu, kempen ini
diperbagaikan dengan aktiviti ceramah-ceramah kesedaran di peringkat sekolah,
pertandingan mewarna, ekspedisi sungai, gotong-royong dan sebagainya. Jelaslah
melalui Kempen Cintai Sungai bukan sahaja dapat mendidik tetapi juga
mendewasakan masyarakat tetang kepentingan sungai dalam kehidupan.
Seterusnya, pihak kerajaan perlu mengadakan undang-undang melarang pembuangan
sampah-sarap domenstik ke dalam sungai. Menurut Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974, sampah ditakrifkan sebagai semua bahan buangan sama ada dalam
bentuk pepejal, cecair atau dalam bentuk gas yang dilepaskan, dikeluarkan atau
diletakkan dalam alam sekeliling yang akan menyebabkan pencemaran.
Sampah domestik boleh dibahagikan kepada tiga bahagian
utama iaitu organik, inorganik dan sampah sarap yang bersaiz besar.
Sebagai contohnya, sampah jenis organik seperti plastik dan kertas. Sampah
inorganik pula terdiri daripada kaca, tin alumunium, dan contoh sarap yang
bersaiz besar ialah barangan perabot dan sampah tanaman. Pelepasan sampah ke
dalam sungai akan menjejaskan penembusan sinaran matahari dan kadar
kandungan oksigen yang terlarut dalam air. Alga dan lelumut
yang menjadi sumber makanan hidupan akuatik juga akan terjejas. Akibatnya kelangsungan
rantaian makanan hidupan sungai musnah. Kedegilan masyarakat membuang
sampah merata-rata perlu dikenakan hukuman yang berat dan setimpal seperti saman wang
tunai dan hukuman penjara serta mengadakan khidmat sosial secara percuma dalam
tempoh yang telah ditetapkan. Justeru itu, cadangan mengadakan program mendidik pesalah dengan
memperbagaikan kegunaan sampah dan pengurusan secara positif
seperti proses kitar semula dan membuat baja kompos sebagai satu langkah yang bijak. Pelaksanaan undang-undang akan memastikan persekitaran
sungai yang harmoni dapat diwujudkan.
Disamping itu, ibu bapa juga memainkan peranan dalam mendidik anak-anak tentang pemeliharaan sungai. Ibu bapa adalah orang yang paling dekat dengan anak-anak sejak mereka dilahir. Ibu bapa adalah 'role model' kepada mereka ketika mereka belum memasuki alam persekolahan. Masyarakat luar akan menilai tingkah laku anak-anak ini umpama baik tingkah laku anak, baiklah tingkah laku induknya. Begitu juga dengan perumpamaan dimana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Ini disebabkan ciri-ciri kehidupan induknya akan terpapar apabila mereka berada dalam kumpulan masyarakat terbuka. Oleh itu, Ibu bapa perlulah menunjuk dan melakukan pembuangan sampah di tempat yang betul di hadapan anak-anak sejak usianya kecil lagi disamping menyuruh anak melakukan dengan arahan-arahan dan panduan yang betul. Jika berada di luar rumah, sediakan bekas sampah atau jika tiada bekas makanan seperti gula-gula pastikan anak-anak dipesan memasukkannya dalam poket dan membuangnya bila terjumpa tong sampah. Ibu bapa juga boleh membelikan dan membacakan buku cerita hal sungai dan kehebatannya pada masa lalu seperti cerita Sungai Hindus, Sungai Mekong, Sungai Manhattan, Sungai Amazon dan Sungai Pahang. Disamping itu, pada masa lapang bawalah anak berjoging sama di kawasan riadah yang terdapat sungai. Pilihlah kawasan sungai yang mempunyai pemandangan yang indah agar anak-anak dapat menginterpritasikan ideanya melalui lukisan. Kebolehan melukis tentang keindahan sungai adalah satu kemenangan pendidikan secara informal dari ibu bapa ke atas anak-anak. Jelaslah ibu bapa adalah orang paling rapat mendidik anak tentang kepentingan sungai.
Kesimpulannya, semua pihak perlu mengembling tenaga untuk mengatasi isu ini. Kita perlu bermusahabah diri dan tepuk dada tanya selera. Apakah yang dimahukan oleh masyarakat sekarang dengan sungai bak mutiara di depan mata mereka? Jika mahu memastikan Sungai Tengkorak, Sungai Segget dapat dinikmati akan kewujudannya pada hari ini berterusan sehingga ke zaman anak cucu kita, langkah proaktif pemeliharaan sungai perlu dilakukan dari sekarang. Ramai pemimpin terdahulu telah menyuarakan kebimbangannya tentang pencemaran sungai seperti Tan Seri Ramli Ngah Talib, mantan Menteri Besar Perak. Raungan mengenai kebimbangan akan kehilangan sungai juga telah menjadi tajuk-tajuk utama dalam penulisan blog, novel, sajak dan cerpen. Antara karya cerpen menarik yang menjadi kajian murid di sekolah menengah ialah Ibu dan Ceper karya Shahnon Ahmad. Sungai Ceper yang menjadi nadi kehidupan telah mengubah seluruh kehidupan komunitinya kesan akan perubahan sungai yang drastik. Semuanya bergantung kepada kerjasama dari semua pihak iaitu pihak kerajaan yang mempunyai kuasa dan sumber kewangan, masyarakat yang memberi sumbangan sumber manusia dan pihak individu yang memberi tenaga dan idea. Jika pihak dari bawahan iaitu individu menyokong program memelihara sungai dari tercemar sasarannya pasti akan berjaya umpama bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Disediakan:
En Yat
1/4/2015
Selanjutnya, peranan pihak media
massa juga ditagih dalam menangani isu pencemaran sungai. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon
bimbit, komputer dan surat
khabar. Sejak dahulu lagi,
semua masyarakat menyedari bahawa media massa memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi, membentuk dan mengubah cara pemikiran pembacanya. Apa sahaja
ditayangkan dan dihebahkan akan menjadi ikutan masyarakat. Televisyen adalah
satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu
di setiap pelusuk dunia. Sudah pasti info mengenai keadaan sungai yang semakin
tercemar serta langkah untuk menjaganya dapat diakses dengan mudah. Sejurusnya,
media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu
pencemaran sungai diseluruh negara melalui slot-slot iklan dan dalam
siaran-siaran di televisyen. Salah satu rancangan televisyen dikenali Program Aduan Rakyat TV3 menjadi tatapan ramai. Hal ini disebabkan rancangan ini
telah banyak membantu menyelesaikan pelbagai polemik dalam negara seperti
gejala rasuah dan pembalakan haram. Justeru itu, program ini perlu mengupas dan
membuat pendedahan pula tentang pencemaran sungai secara kerap. Hal ini
disebabkan, penyelesaian kepada segala masalah ini dapat diselesaikan secara
tuntas apabila pihak pelaku, pemilik tanah dan pihak berkuasa tempatan
dilibatkan bersama. Jelaslah, media massa juga dapat memainkan peranannya
dalam memastikan sungai sentiasa bersih.
Sejurusnya, peranan pihak sekolah wajar
terlibat sama dalam memupuk nilai-nilai murni dalam penjagaan sungai.
Anak murid sedari usia muda perlu diberi kesedaran tentang kepentingan sungai
bak kata pepatah melentur buluh biarlah ketika rebung. Poster-poster yang
menyentuh isu pencemaran sungai perlu digantung dan ditampal di sudut-sudut
khas dalam sekolah. Program 5 minit tentang sungai wajar diadakan.
Pembelajaran berkenaan topik sungai juga banyak disentuh dalam subjek
Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Geografi dan Sejarah. Secara
tidak langsung sungai telah menjadikan alat pendidikan yang merentasi
kurikulum untuk mengembangkan pemupukan nilai positif terhadap sungai. Dalam
pedagogi bahasa, pembelajaran dan pengajaran menggunakan pendekatan Kajian
Masa Depan membolehkan murid dengan bimbingan guru membuat ekspedisi
menjelajah sungai di kawasan tempat tinggal masing-masing. Khidmat Panitia
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan boleh diminta sebagai salah satu aktiviti Khidmat
Masyarakat. Sebagai contohnya, beberapa aktiviti yang sesuai boleh
dilakukan seperti melihat punca pencemaran, mengenalpasti komuniti, memungut
sampah, menebas rumput di pinggir dan membersihkan taman sekitar Sungai
Tengkorak di Pasir Gudang. Hasil laporan beserta refleksi yang disiapkan
kemudiannya diberi markah dan sijil sebagai penghargaan kepada murid. Tidak
cukup dengan aktiviti di dalam dan luar sekolah, pihak sekolah boleh mengadakan
ekspedisi keluar negeri seperti melawat sungai yang paling tercemar dan sungai yang terurus dengan baik seperti Sungai Gombak dan Sungai
Melaka. Pelajar dapat membezakan kandungan sampah terampai, saiz sungai,
kedalaman sungai dan kepelbagaian aktiviti ekonomi di sekitar tebing sungai.
Jelaslah, sekolah dapat menyedarkan masyarakat tentang sungai sejak dari usia
muda.
Disamping itu, ibu bapa juga memainkan peranan dalam mendidik anak-anak tentang pemeliharaan sungai. Ibu bapa adalah orang yang paling dekat dengan anak-anak sejak mereka dilahir. Ibu bapa adalah 'role model' kepada mereka ketika mereka belum memasuki alam persekolahan. Masyarakat luar akan menilai tingkah laku anak-anak ini umpama baik tingkah laku anak, baiklah tingkah laku induknya. Begitu juga dengan perumpamaan dimana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Ini disebabkan ciri-ciri kehidupan induknya akan terpapar apabila mereka berada dalam kumpulan masyarakat terbuka. Oleh itu, Ibu bapa perlulah menunjuk dan melakukan pembuangan sampah di tempat yang betul di hadapan anak-anak sejak usianya kecil lagi disamping menyuruh anak melakukan dengan arahan-arahan dan panduan yang betul. Jika berada di luar rumah, sediakan bekas sampah atau jika tiada bekas makanan seperti gula-gula pastikan anak-anak dipesan memasukkannya dalam poket dan membuangnya bila terjumpa tong sampah. Ibu bapa juga boleh membelikan dan membacakan buku cerita hal sungai dan kehebatannya pada masa lalu seperti cerita Sungai Hindus, Sungai Mekong, Sungai Manhattan, Sungai Amazon dan Sungai Pahang. Disamping itu, pada masa lapang bawalah anak berjoging sama di kawasan riadah yang terdapat sungai. Pilihlah kawasan sungai yang mempunyai pemandangan yang indah agar anak-anak dapat menginterpritasikan ideanya melalui lukisan. Kebolehan melukis tentang keindahan sungai adalah satu kemenangan pendidikan secara informal dari ibu bapa ke atas anak-anak. Jelaslah ibu bapa adalah orang paling rapat mendidik anak tentang kepentingan sungai.
Pemimpin
masyarakat juga
mempunyai peranan dalam mengawal pencemaran sungai dengan menjadikan sungai
sebagai anak angkat. Pemimpin yang berwiwaba mampu mempengaruhi
penyokong-penyokong yang menjadi komuniti di kawasannya. Semakin ramai dan kuat
penyokongnya semakin hebat pengaruhnya. Justeru itu, pemimpin harus
menggunakan pengaruhnya ke arah yang positif untuk menarik sokongan ramai ke
atas program yang dianjurkannya. Seterusnya, program ini diperturunkan ke
peringkat pemimpin bawahannya. Pembentukan jawatankuasa pelaksana akan
memastikan pelaksanaan dan perjalanan program dapat dilakukan dengan berkesan.
Kejayaan sungai angkat menjadi ujian kewibawaan pemimpin. Melalui program
pemimpin turun padang dengan slot melawat sungai angkat mengikut zon dapat
juga menyemarakkan lagi penjagaan sungai angkat melalui peruntukan baru yang dititipkan
bersama. Berbagai aktiviti boleh dilakukan dengan wang bantuan diterima seperti
pertandingan sungai terindah, membesarkan taman permainan sedia ada,
memperbanyakkan prasarana kemudahan di pinggir sungai seperti kemudahan sukan
dan rekreasi, kemudahan wakaf, kemudahan jeti, kedai-kedai makan yang kekal dan
tong-tong sampah yang bersaiz besar. Selanjutnya pembentukan jawatankuasa
pegawai pencemaran sungai yang diberi elaun tetap bukan sahaja dapat
mengurangkan kos penyenggaraan dan memberi pendapatan kepada masyarakat, tetapi
dapat memastikan kawalan kebersihan ke atas sungai dilakukan secara tetap dan
berterusan. Lama-kelamaan cantuman keindahan zon-zon sungai angkat seperti di
sepanjang Sungai Kota Tinggi, Sungai Benut dan Sungai Mersing dapat dilakukan
dari semasa ke semasa sudah pasti satu lagi produk pelancongan berasaskan
konsep pelancongan Sungai Melaka dapat dilahirkan dan diatasi.
Kesimpulannya, semua pihak perlu mengembling tenaga untuk mengatasi isu ini. Kita perlu bermusahabah diri dan tepuk dada tanya selera. Apakah yang dimahukan oleh masyarakat sekarang dengan sungai bak mutiara di depan mata mereka? Jika mahu memastikan Sungai Tengkorak, Sungai Segget dapat dinikmati akan kewujudannya pada hari ini berterusan sehingga ke zaman anak cucu kita, langkah proaktif pemeliharaan sungai perlu dilakukan dari sekarang. Ramai pemimpin terdahulu telah menyuarakan kebimbangannya tentang pencemaran sungai seperti Tan Seri Ramli Ngah Talib, mantan Menteri Besar Perak. Raungan mengenai kebimbangan akan kehilangan sungai juga telah menjadi tajuk-tajuk utama dalam penulisan blog, novel, sajak dan cerpen. Antara karya cerpen menarik yang menjadi kajian murid di sekolah menengah ialah Ibu dan Ceper karya Shahnon Ahmad. Sungai Ceper yang menjadi nadi kehidupan telah mengubah seluruh kehidupan komunitinya kesan akan perubahan sungai yang drastik. Semuanya bergantung kepada kerjasama dari semua pihak iaitu pihak kerajaan yang mempunyai kuasa dan sumber kewangan, masyarakat yang memberi sumbangan sumber manusia dan pihak individu yang memberi tenaga dan idea. Jika pihak dari bawahan iaitu individu menyokong program memelihara sungai dari tercemar sasarannya pasti akan berjaya umpama bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
En Yat
1/4/2015
No comments:
Post a Comment