Sebagai Pengerusi Persatuan Pecinta Alam Malaysia,
anda telah diundang untuk menyampaikan ceramah bertajuk "Hutan dan
Kepentingannya Kepada Kehidupan Manusia Sejagat" kepada ahli Persatuan
Pencinta Alam Negeri.
Selamat sejahtera saya
ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, rakan-rakan pencita alam dari seluruh negeri Johor. Alhamdulillah dapat juga
kita berkumpul di pagi yang ceria ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima
kasih kerana diberi peluang untuk berucap dalam majlis perhimpunan ahli alam
sekitar di sini bertajuk Hutan dan Kepentingannya Kepada Kehidupan Manusia
Sejagat.
Hadirin yang saya muliakan,
Sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi
bahawa hutan merupakan khazanah alam yang amat tinggi nilainya.Hutan
mendatangkan pelbagai impak yang positif kepada masyarakat dan negara. Tanpa
hutan kita tidak akan dapat menikmati udara yang segar, minum air yang bersih
dan menikmati keindahan panorama pada waktu ini. Macapada, hutan semakin
terancam sebagai akibat keperluan pembangunan dan sikap ketamakan dan kerakusan
masyarakat pada zaman ini. Mereka hanya melakukan sesuatu tindakan berlandaskan
hawa nafsu dan keuntungan tanpa berlandaskan fikiran sedangkan mereka
mengetahui kesan tindakan mereka terhadap hutan kepada generasi pada masa
hadapan .Oleh sebab itu,semua pihak haruslah berganding bahu bagi memastikan
hutan terpelihara kerana hutan memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara. .
Hadirin sekelian,
Hadirin sekelian,
Antara kepentingan hutan kepada masyarakat ialah merupakan kawasan
tadahan hujan. Apabila hujan turun, rimbunan daun pokok serta sistem akar
dan tanah di kawasan hutan akan mengawal air hujan daripada terus melimpah ke
sungai. Pada musim kemarau pula sistem tersebut akan mengeluarkan sebahagian air
yang diperangkap tadi untuk mewujudkan keseimbangan alam semulajadi. Sebagai
contoh hutan gambut semasa hujan bertindak sebagai span menyerap air dan semasa
kemarau memberi kelembapan. Ini menjelaskan hutan merupakan sumber air dominan yang kita gunakan dalam rutin
harian. Sekiranya
hutan semakin pupus,sudah pasti sumber air sebagai tunjang kehidupan manusia
akan merencatkan aktiviti rutin harian seperti penyediaan air minuman, memasak makanan, mandi dan membasuh pakaian. Kekangan untuk mengekalkan hutan termasuklah kegiatan
pembalakan haram yang semakin berleluasa pada hari ini. Hal ini akan menyebabkan kita akan kehilangan
kawasan tadahan hujan sekali gus kita akan kehilangan sumber air yang
berkualiti. Oleh itu,sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita hendaklah
mengambil berat terhadap kegiatan pembalakan haram yang mengancam hutan kita.
Hadiri dan hadirat sekalian,
Selain itu, hutan penting dari aspek ekologi.
Ekologi bermaksud hubungan antara habitat dan interaksi antara benda hidup
dengan alam sekitar untuk kelangsungan hidup masing-masing. Seterusnya hubungan
dan interaksi organisma dalam sesuatu ekosistem membolehkan aliran tenaga
berlaku apabila proses makan dimakan dan proses pereputan berlangsung. Aliran ini
membolehkan sesuatu ekosistem dapat dikekalkan. Sesebuah ekosistem menyediakan tapak
untuk melengkapkan kitaran nutrien melalui interaksi antara komponen biotik dan
abiotik yang boleh berlaku secara intra-ekosistem atau diantara beberapa inter-ekosistem.
Hasil ekosistem hutan, pelbagai jenis pokok balak yang bermutu dapat dihasilkan
yang membolehkan proses pembalakan dapat dilakukan secara terancang dan
berterusan. Manakala ekosistem daratan pula dapat mengumpulkan tumbuhan-tumbuhan
dan buah-buah segar untuk dinikmati
sebagai ulaman-ulaman yang. Hutan-hutan boleh menggalakkan pengumpulan hasil
hutan seperti hutan rotan disamping tanaman herba-herba bermutu tinggi untuk
tujuan perubatan seperti tongkat ali dan kacip fatimah. Jelaslah
bahawa hutan perlu dipertahankan kerana hutan membawa kepentingan manusia sejagat daripada sumber makanan asli,
sumber pendapatan dan sumber perubatan yang bermutu tinggi.
Hadirin Sekalian,
Hadirin Sekalian,
Seterusnya,
hutan dapat menstabilkan peratus suhu dan oksigen di permukaan bumi. Hutan
yang luas dan terpelihara dari segi pohon-pohon menghijau membolehkan proses fotosintesis dapat berjalan dengan baik.
Proses fotosintesis amat penting dalam kehidupan masyarakat dalam memastikan
purata suhu di negara kita tidak meningkat akibat daripada kesan rumah hijau
boleh mendatangkan impak negatif kepada masyarakat. Kawalan penebangan pokok
hutan perlu diperketatkan. Adalah dikhuatiri sekiranya tiada kawalan penebangan
hutan,bilangan tumbuhan hijau akan berkurangan dan menyebabkan peratus karbon
dioksida akan bertambah. Sejak belakangan ini kita telah dihambat dengan kesan El-Nino iaitu panas dan kemarau dalam jangka
masa yang lama. Walaupun dari segi geografi kedudukan negara kita terletak di
garisan khatulistiwa, negara kita menerima nasib seperti negara yang kurang
menerima hujan. Secara faktanya, negara kita mengalami iklim yang panas dan
lembap sepanjang tahun dengan purata hujan tahunan melebihi 2000mm tetapi mengapa negara kita mengalami kemarau yang
berpanjangan. Sudah pasti ia disebabkan oleh gangguan tangan dari manusia yang
mendiami negara ini. Oleh yang demikian masyarakat yang bersikap materialistik
hendaklah mengikis sikap tamak dalam sanubari mereka. Kita harus mengurangkan
penebangan pokok dan membuat kitaran semula terutamanya mengenai penggunaan kertas dan kayu.
Hadirin yang saya kasihi,
No comments:
Post a Comment