Peristiwa Menjadi Teladan Dalam Novel Di Sebalik Dinara
Berdasarkan sebuah buah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa - peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
Novel yang pelajari Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor di Tingkatan 4 telah memaparkan beberapa peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca di dalam novel ini.
Salah satunya ialah peristiwa
di mana Azraai memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang
bersambung di rumahnya. Hal ini
menunjukkan bahawa Azraai sebagai abang angkat sangat mengambil berat akan keselamatan
adiknya. Peristiwa ini memberi teladan kepada saya bahawa saya memiliki hubungan
yang baik antara adik-beradik semasa kita berada di dalam susah dan senang.
Seterusnya , peristiwa
di mana Farisha berjaya menggodam sistem komputer. Farisha adalah seorang
gadis yang sangat bijak dan berkebolehan dalam teknologi komputer serta genius
hasil daripada beberapa implan yang ditanam dalam badannya oleh Karl, ayahnya
sejak kecil lagi. Peristiwa ini memberi teladan kepada saya bahawa apabila kita mempunyai
ilmu, ilmu itu perlu digunakan untuk memberi manfaat kepada masyarakat di sekeliling
kita.
Selanjutnya,
peristiwa Farisha memperincikan tawaran Projek Soft Lab daripada Aqram. Farisha dan Rosman, rakan kongsinya yang berasa
terkejut mendapat tawaran kerja dengan Soft Lab sebanyak RM1,5 juta telah
mendapatkan khidmat nasihat dari Azraai, abangnya sebelum bertindak. Tujuannya
adalah untuk mendapatkan pandangan dan dorongan dari orang yang lebih
berpengalaman. Peristiwa ini memberi teladan kepada saya bahawa mendapatkan pandangan
dari orang lain sebelum menerima sesuatu tawaran kerja bernilai besar adalah
satu tindakan yang bijak.
No comments:
Post a Comment