NOVEL SILIR DAKSINA
Pengarang : Nizar Parman
(Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum)
Pengarang : Nizar Parman
(Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum)
Sinopsis
keseluruhan:
Haiqal
berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis
berbangsa Cina yang tidak dikenalinya telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah Kayan. Haiqal
dilahirkan di kampung itu sebelum menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang
separuh jalan itu menarik minatnya untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat
walaupun mendapat tentangan daripada uminya yang seolah-olah mahu melenyapkan
nama Abdullah Kayan dalam hidup Haiqal.
Kehadirannya
di Kampung Seri Purnama diterima dengan baik oleh masyarakatnya. Di kampung
itulah dia mula membongkar kehidupan sebenar ayahnya melalui orang-orang yang
rapat dengan ayahnya. Watak-watak yang dilukiskan oleh ayahnya dalam manuskrip
lama itu seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu.
Abdullah
Kayan bukan hanya penggiat aktiviti kebudayaan di kampung itu, malahan beliau
merupakan seorang guru yang aktif menulis sehingga pernah mewujudkan Aksara di
kampungnya. Oleh sebab kecintaannya terhadap bidang itu, beliau sanggup meninggalkan
keluarganya di Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Perjuangan itu kini
diwariskan kepada Haiqal. Mampukah Haiqal melaksanakan hasrat ayahnya itu?
Manuskrip lama itu menyimpan banyak rahsia yang perlu dihuraikan.
b. Sinopsis Bab
BAB 1:
Haiqal
telah menerima sebuah manuskrip dan setiap hari pasti dibelek-belek olehnya
manuskrip itu. Manuskrip itu seolah-olah mempunyai tarikan untuk dibaca. Dia
hampir-hampir kemalangan akibat sentiasa memikirkan manuskrip itu. Manuskrip
yang diterimanya itu berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama Abdullah bin
Kayan. Haiqal teringat kembali semasa kecilnya iaitu sewaktu ibunya memberitahu
bahawa orang yang dipanggilnya walid iaitu Abdul Fatah hanyalah bapanya
tirinya. Bapanya yang sebenar ialah Abdullah bin Kayan. Sejak hari itu, dia
bertekad untuk mencari ayahnya apabila sudah dewasa.
BAB
2:
Pada
suatu petang Haiqal berada di sebuah gerai milik Ratna di tepi Pantai Batu
Buruk kerana ingin berjumpa dengan teman baiknya itu. Haiqa mengajak Ratna
berjalan-jalan di tepi pantai sambil bercerita tentang ayah kandungnya yang
berpisah dengan ibunya. Dia tidak sanggup bertanya kepada ibu sebab berlakunya
perpisahan itu kerana takut menyinggung perasaan ibunya. Haiqal memberitahu
bahawa manuskrip yang baru diterimanya itu mungkin dapat merungkai persoalan
tentang ayahnya. Namun begitu, orang yang mengirim manuskrip itu ialah seorang
berbangsa cina yang bernama Ong Swee Hwa yang tidak dikenalinya.
BAB 3:
i. Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan) berada di
balai raya untuk belajar dan menyaksikan rakan-rakan dan anak muda sedang
belajar dan berlatih menari zapin. Dia
tertarik hati dengan anak Tauke Lim (Tauke Ong) , Ai Ling (Ong See Hwa) yang
turut serta dalam aktiviti itu. Setelah
selesai berlatih, Amirulnizam berbual-bual dengan Tauke Lim. Anak Tauke Lim itu
mengingatkannya kepada Aiman (Haiqal).
Semasa di rumah, Amirulnizam berehat sambil memandang rumah Tauke Lim.
Amirulnizam teringat peristiwa sewaktu Tauke Lim mula-mula datang ke
kampungnya. Asalnya dia seorang yang
susah dan datang berjumpa dengan arwah ayahnya untuk mengambil upah menoreh
kebun getah milik ayah yang terbiar selama ini.
Sejak hari itu hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah baik. Dia seorang yang rajin sehingga mampu
memgumpul duit untuk membeli tanah kebun ayah.
sudah 18 tahun dia menetap di kampung itu dan amat disenangi oleh
penduduk kampung. Semasa arwah ayahnya
masih hidup, dia menganggap anak Tauke Lim iaitu Ai Ching dan Ai Ling seperti
cucunya.
Pada suatu pagi Tauke Lim meminta Amirulnizam
untuk menumpangkan anaknya ke sekolah kerana bateri keretanya tidak
berfungsi. Amirulnizam mencadangkan Ai
Ling menumpang dia sahaja ke sekolah setiap hari. Semasa di sekolah, Amirulnizam diberitahu
cikgu Latifah yang Ai Ling seperti berminat dengan kelas Pendidikan Islam. Dia rasa dia mungkin ada peluang untuk rapat
dengan Ai Ling.
ii. Setelah membantu Tauke Lim menggantikan
bateri kereta, Amirulnizam dipelawa oleh Tauke Lim ke pekan untuk belanjanya
minum. Semasa berbual-bual, Tauke Lim
menyatakan persetujuannya untuk membenarkan Ai Ling menumpangnya ke sekolah
setiap hari. Amirul berterus-terang
dengan Tauke Lim yang dia kesunyiaan semenjak ayahnya meninggal dunia dan dia
terpisah dengan anaknya Aiman.
iii. Setelah selesai latihan zapin, Pak Haji Salam
iaitu Ketua Kumpulan Zapin DPurnama meminta Amirulnizam dan beberapa orang untuk berkumpul. Dia menjelaskan bahawa YB Samsuri akan datang
ke kampung itu dua minggu lagi dan pegawai Yayasan Wawasan Negeri juga ingin
datang kerana hendak mengkaji dan mempelajari rentak zapin jincat. Amirul diminta untuk menyiapkan atur cara persembahan
nanti agar ramai yang hadir. Tauke Lim
pula berjanji untuk menanggung kos jamuan untuk tetamu nanti. Abang Bakir mencadangkan agar majlis itu
diselitkan dengan acara deklamasi puisi
dan Amirulnizam dapat memilih peserta melalui murid sekolahnya. Amirulnizam teringat kembali zaman
kegemilangannya dalam bidang tersebut.
iv. Amirul berasa gembira kerana Ai Ling
merupakan salah seorang peserta yang menyertai pertandingan deklamasi puisi
yang dirancangnya di sekolah. Ai Ling meminta agar Amirulnizam mengajarnya cara
mendeklamasikan sajak. Amirulnizam
bersetuju dan setelah berjanji, petang itu Ai Ling ditemani Ai Ching datang ke
rumahnya. Ai Ling memberitahu bahawa ibu bapanya membenarkannya mendeklamasikan sajak di rumah Amirulnizam.
Amirulnizam mengajak Ai Ling dengan bersungguh-sungguh sehinggakan dia dapat
mendeklamasikan sajak dengan baik. Setelah Ai Ling dan Ai Ching pulang,
tiba-tiba sahaja Amirulnizam teringatkan Aiman.
v. Kemenangan Ai Ling dalam pertandigan
deklamasi puisi murid-murid tahap satu telah menjadi perbualan ramai. Tauke Lim
sangat gembira. Dia mengucapkan terima kasih kepada Amirunizam kerana mengajar
anaknya sehingga menang. Tauke Lim, Abang Bakir, dan Roslan meminta supaya
Amirulniizam aktif semula dalam bidang penulisan sajak dan cerpen. Sebenarnya,
sejak perpisahannya dengan isteri dan anaknya, dia telah membuat keputusan
untuk berhenti berkarya kerana kehilangan semangat. Kehadiran Ai Ling
menpengaruhi hidupnya. Ai Ling seolah-olah pengganti kepada anaknya, Aiman
sebagai tempat mencurahkan kasih sayang.
vi. Kehadiran YB Samsuri dan beberapa
pegawai Yayasan Warisan disambut meriah. Ramai orang kampung yang datang
memenuhi majlis tersebut. Semasa Ai Ling membuat persembahan deklamasi sajak,
Amirulnizam terbayang-bayang Ai Ling dan Aiman berada di pentas itu. Lamunannya
dikejutkan oleh tepukan gemuruh orang ramai setelah persembahan selesai.
Selepas itu, pelbagai persembahan lain yang dipersembahkan. Majlis malam itu
diakhiri dengan persembahan lagu Gholiyabu yang dinyanyikan beramai-ramai oleh
penduduk kampung. Sebelum pulang, YB
Samsuri berjumpa dengan Amirulnizam secara peribadi dan mengucapkan tahniah
kepadanya. Beliau berharap agar
Amirulnizam dapat mengembangkan sastera dan bahasa di kampung itu dan menjadikan Kampung Seri
Purnama sebagai perkampungan sastera.
vii. Ai Ling sudah berusia dua belas tahun dan
Amirulnizam menganggapnya seperti anaknya sendiri. Kesihatan yang kurang memuaskan telah
membataskan aktivitinya. Suatu petang
Amirulnizam membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Amirulnizam berbual-bual dengan Ai Ling. Ai Ling bertanya tentang anak Amirulnizam
iaitu Aiman. Amirulnizam mmberitahu
bahawa Aiman berada di Terengganu dan seusia dengan Ai Ling. Ai Ling teringin untuk berjumpa dengan Aiman
dan berkawan dengannya.
viii. Amirulnizam semakin sibuk dengan persiapan
aktiviti untuk acara sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim dan program
Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Tahap kesihatannya semakin merosot dan
bergantung kepada ubat untuk mengurangkan kesakitan. Petang itu Ai Ling datang ke rumah
Amirulnizam. Dia bertanyakan helaian
kertas kajang yang ditulis oleh Amirulnizam.
Amirulnizam berjanji akan mejadikan Ai Ling orang pertama yang membaca
hasil tulisan itu apabila siap nanti.
Bagi Amirulnizam, Ai Ling merupakan orang yang menjadikan hidupnya yang
kesepian menjadi lebih bermakna. Ai Ling
bertanyakan keadaan Amirulnizam yang kelihatan pucat dan kurus. Namun dia
menjelaskan bahawa dia penat dan banyak kerja.
Ai Ling juga turut bertanya tentang Aiman yang menyebabkan Amirulnizam
sukar untuk menjawabnya.
ix. Dua hari sebelum majlis pelancaran Malam
Sekampung Puisi dilangsungkan, segala persiapan majlis itu berjalan dengan
rancak. Amirulnizam menggunakan masanya
hingga larut malam untuk menyiapkan puisi yang akan dideklamasikannya dan
sempat menaip dan menyimpan manuskripnya.
Sakit kepalanya semakin kerap menyerang.
Pada malam iu dia rasa aneh kerana kerinduan terhadap Aiman begitu kuat
. Dia hanya mampu menatap gambar anaknya
sambil menangis teresak-esak.
BAB 4:
Setelah habis membaca naskhah
manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal berasa terharu dan menitiskan air
mata. Malam itu Haiqal pergi berjumpa dengan Ratna. Dia meluahkan rasa bahawa
cerita yang terdapat dalam manuskrip itu seolah-olah cerita tentang ayahnya.
Haiqal sentiasa berjumpa dengan Ratna untuk meluahkan masalah yang dihadapinya.
Dia juga sentiasa mengusik-usik Ratna dengan kata-kata dan bahasanya.
BAB 5:
Manuskrip yang diterima oleh
Haiqal itu telah menimbulkan kerinduan dan pelbagai persoalan kepadanya. Haiqal
begitu kagum dengan ayahnya. Dia terkilan tidak dapat hidup lama dengan ayahnya
kerana terpaksa memenuhi kehendak ibunya menguruskan perniagaan butik dan
kilang batik. Dia teringat lagi sewaktu dia tidak dapat menziarahi ayahnya yang
meninggal dunia tujuh tahun yang lalu kerana terpaksa menduduki peperiksaan
UPSR.
BAB 6:
Haiqal bertekad uuntuk pergi ke
kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong keputusan Haiqal dan berharap
dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya setelah dia
menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai
perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras
tidak membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuuk pergi ke
kampung halaman ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami
perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara dam-diam.
BAB 7:
Haiqal mula bertolak menaiki bas
ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan ditemani oleh Ratna
sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa tirinya untuk
menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan ibunya.
BAB 8:
Setelah sampai di Batu Pahat,
Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi
iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung kampung tersebut.
Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta
menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya.
Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min.
Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.
BAB 9:
Haiqal dikejutkan dengan bunyi
hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman rumah. Setelah bersiap,
Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang gelisah kerana
dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan
kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.
BAB 10:
Tauke Ong memberikan sebuah
motorsikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk memudahkan pergerakan Haiqal.
Haiqal menggunakan motorsikal tersebut untuk ke kubur ayahnya. Setelah berjaya
mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak mengenangkan arwah
ayahnya.
BAB 11:
Haiqal menyedari bahawa dia telah
berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu. Dalam tempoh ini telah banyak
urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke Ong berjaya
diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya
iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai
pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walaubagaimanapun, Tauke
Ong tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit.
Haiqal banyak mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang
mengambil upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang
berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada
Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula
mengenali remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak
kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu diajak memancing ikan
pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu bersama-sama dengan
Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana kampung yang
menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah menyatakan
hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.
BAB 12:
Haiqal telah pergi ke balai raya
ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai raya yang tidak
terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan
terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih
terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung.
Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu
ialah hasil daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga
turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang
menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal
dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin.
Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan
zapin Seri Purnama.
BAB 13:
Hasrat Haiqal untuk melihat
persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung Seri Purnama telah
disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal juga
memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.
BAB 14:
Haiqal banyak menghabiskan
masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama dengan penduduk
kampung membuat latihan zapin.
BAB 15:
Balai raya yang sebelum ini sepi
telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama masing-masing sibuk
membuat persiapan untuk persembahan zapin.
BAB 16:
Haiqal telah berjaya melanjutkan
pelajaran di seuah universiti yang terletak di Bumi Kenyalang. Haiqal sedar
bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama dengan walid
serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan
Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai Ratna
yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang
dengan seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.
TEMA:
Novel ini membawa tema
kekeluargaan. Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca daripada
perceraian ibu bapanya menyebabkan dia dipisahkan olh ibunya daripada ayah
kandungnya iaiu Abdullah Kayan.
PERSOALAN:
1. Persoalan kegigihan seorang
remaja untuk merungkai misteri kehidupan sebenarnya ayahnya.
Haiqal berusaha untuk mengetahui
sejarah kehidupan ayah kandungnya yang terpisah sejak kecil setelah mendapat
manuskrip yang dikirimkan oleh Ong See Hwa.
2. Persoalan usaha untuk
mengangkat kesenian tarian zapin.
Abdullah Kayan dan penduduk
Kampung Seri Purnama telah berusaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin di
kampung tersebut.
3. Persoalan kasih sayang seorang
ayah kepada anaknya.
Abdullah Kayan terlalu sayang
akan anaknya Haiqal yang dipisahkan oleh isterinya sehinggakan dia sentiasa
merindukannya dan menghasilkan manuskrip cerita tentang perasaan rindu kepada
anaknya.
4. Persoalan sikap kerjasama
penduduk kampung.
Penduduk Kampung Seri Purnama
sentiasa bekerjasama menjayakan setiap aktiiviti dan acara yang dijalankan di
kampng tersebut seperti majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringka mukim di situ
5. Persoalan hubungan baik antara
dua bangsa walaupun berbeza kebudayaan.
Hubungan Tauke Lim dengan
Amirulnizam dan penduduk kampung begitu baik walaupun mereka berlainan bangsa.
No comments:
Post a Comment