Bahagian A
(20 markah)
Masa dicadangkan :45 minit
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada pembangunan sukan negara di Malaysia. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah meningkatkan pembangunan sukan di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Pendahuluan.
Sukan telah mendapat perhatian yang utama oleh pemimpin negara pada masa kini. Kemajan sesuatu sukan dalam negara bergantung kepada bilangan atlet yang berjaya memenangi pingat yang dipertandingkan diperingkat antarabangsa. Kejayaan atlet di dalam sesuatu sukan akan dijadikan kayu pengukur dan menjadi serampang dua mata membolehkan kita mendapat hak keistimewaan untuk menganjurkan sesuatu sukan dunia berskala besar seperti Olimpik. Antara manfaat dapat menganjurkan sukan berskala besar, negara akan mendapat durian runtuh memajukan negara melalui pembangunan kemudahan-kemudahan sukan mengikut peruntukan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan pihak penganjur. Persoalannya, apakah langkah-langkah holistik yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membangunkan sukan negara? Langkah-langkah pembangunan sukan negara akan dihuraikan satu-persatu di dalam perenggan selanjutnya.
Pembangunan Sukan di Malaysia
Program Podium
Isi 1:
Program Podium
|
|
Soalan
|
Kandungan
|
Apa isi?
|
Program Podium
dikendalikan sepenuhnya oleh Institusi Sukan Negara
|
Bagaimana?
|
Program ini
menyediakan atlet terbaik dalam kalangan atlet dari segi kemudahan dan
kepakaran dalam pemakanan, peralatan, kemudahan sains sukan dan kejurulatihan
sukan.
Atlet terpilih akan
dilayan dengan sebaik-baiknya dengan semua keperluan fizikal mereka diuruskan
sepenuhnya ISN bagi mempersiapkan diri menyertai kejohanan besar seperti
Sukan Olimpik, Komenwel dan Asia
|
Bila?
|
Program dilaksanakan sepanjang
tahun dan akan ada atlet pelapis yang akan diserap ke dalam program ini jika
cemerlang
|
Dimana?
|
Latihan atlet dilakukan di lokasi
latihan yang ditetapkan oleh persatuan sukan
|
Siapa terlibat
|
Peserta awal melibatkan 97 atlet
dan 37 jurulatih dari sukan emmanah, badminton, berbasikal, terjun dan
karate.
|
Kesannya
|
Program mahu melahirkan atlet yang
mampu menyumbangkan pingat emas pertama Olimpik Tokyo pada tahun 2020,
bilangan atlet menunjukkan peningkatan
prestasi bertambah setiap kali kejohanan di dalam negara dan luar negara
diadakan.
|
Penutup kecil
|
Jelaslah, Program
Podium memberi sinergi kepada bakat-bakat atlet yang dipilih.
|
perenggan penuh.
Program
Podium telah dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu
Bakar pada 2 Februari 2016. Program yang dikendalikan oleh Institusi Sukan
Negara (ISN) pada awal pelancarannya telah mengumumkan seramai 97 atlet dan
37 jurulatih berada di bawah program ini. Program
Podium bermatlamat menyediakan atlet terbaik dalam kalangan atlet dari segi kemudahan
kepakaran dalam pemakanan, peralatan, kemudahan sains sukan dan
kejurulatihan. Atlet yang terpilih akan dilayan dengan sebaik-baiknya
dengan semua keperluan fizikal mereka diuruskan sepenuhnya oleh ISN bagi
mempersiapkan diri menyertai kejohanan besar seperti Sukan Olimpik, Komenwel
dan Asia. Program ini dikendalikan oleh persatuan sukan terpilih di lokasi
latihan masing-masing seperti memanah di padang luar Majlis Sukan Negara dan
badminton di Stadium Badminton Bukit Kiara pada setiap hari di bawah
pemantauan jurulatih bertauliah dari segi kaedah dan kesukaran latihan. Aspek
sains sukan yang lain seperti amalan pemakanan sukan dan psikologi sukan
semasa latihan dan pertandingan diambil berat. Program ini memberi impak yang
besar kepada peningkatan prestasi atlet dalam pertandingan besar yang
disertai oleh atlet antaranya prestasi Lee Chong Wei yang terumbing-ambing pada
awal tahun masih dapat mengekalkan prestasinya sehingga kini sebagai pemain
nombor dua dunia di atas kemudahan yang disediakan oleh program ini.
Jelaslah, Program Podium yang dirangka memberi sinergi kepada bakat-bakat
atlet yang terpilih untuk menjadi atlet yang lebih berjaya dalam kalangan
atlet yang berjaya.
|
Skim Insentif Majlis Sukan Negara
Isi 2: Skim insentif
|
|
Soalan
|
Kandungan
|
Apa isi?
|
Pihak kerajaan
melalui Majlis Sukan Negara memperkenalkan beberapa skim insentif kepada
atlet sukan seperti Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) dan Skim
Insentif Sukan Olimpik (SISO)
|
Bagaimana?
|
Di bawah skim insentif sukan Olimpik (SISO), Sukan Olimpik (SISO), pemenang
pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000, perak pula
RM600,000 dan pencen bulanan RM3,000 manakala gangsa RM100,000 serta pencen
bulanan RM2,000.
|
Bila?
|
Ia diberikan khas selepas peserta
memenangi pingat emas, perak dan gangsa di dalam sukan Olimpik yang disertai.
|
Dimana?
|
Olimpik Rio 2016, Olimpik Tokyo
2020.
|
Siapa terlibat
|
Atlet yang memenangi pingat emas,
perak dan gangsa.
|
Kesannya
|
Beberapa atlet yang berjaya di peringkat Olimpik telah mendapat wang
ganjaran yang besar termasuk wang pencen bulanan yang ditetapkan. Penerima
terbaru bagi anugerah Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO) yang terbaru ialah
Pandalela Renong bersama pasangannya yang mendapat pingat perak dalam acara
10 meter papan anjal telag diistiyharkan memerima wang tunai RM600,000.00 dan
pencen bulanan serta merta sebanyak RM3000.00 setiap bulan
|
Penutup kecil
|
Oleh itu, skim
insentif sukan yang ditawarkan menjadi pendorong kepada semua atlet untuk
mendapatkan sasaran pingat yang ditetapkan oleh badan sukan dan kerajaan
dalam kejohahan yang disertainya
|
perenggan
penuh.
|
Anugerah Sukan
Isi 3: Anugerah sukan
| |
Soalan
|
Kandungan
|
Apa isi?
|
Anugerah sukan adalah anugerah yang diakan oleh sesebuah organisasi sukan yang bertujuan untuk memberi penghargaan serta pengiktirafan kepada para atlet, pengurus, jurulatih dan pegawai sukan yang sentiasa berusaha meningkatkan lagi prestasi pasukan terutamanya dalam pembangunan sukan diperingkat kebangsaan, negeri daerah dan diperingkat sekolah.
|
Bagaimana?
|
Diberikan kepada atlet, pengurus, jurulatih dan pegawai sukan yang mengharumkan nama daerah, negeri dan negara. Sebagai balakkan usaha mencapai prestasi cemerlang hingga peringkat antarabangsa termasuk kepada sesiapa yang memberikan sumbangan serta tenaga kepada pembangunan sukan negara
|
Bila?
|
diadakan pada setiap tahun
|
Dimana?
|
di hotel, di jabatan, di sekolah
|
Kesannya
|
Memberi motivasi kepada atlet, jurulatih, pengurus dan pegawai sukan untuk meningkatkan prestasi mereka pada masa hadapan . Antara anugerah disediakan termasuklah Tokoh Sukan, Anugerah Khas, Olahragawan, OLahragawati, Olahragawan Paralimpik, Olahragawati Paralimpik, Anugerah Juri, Olahragawan/Olahragawati Harapan, Pasukan Lelaki Terbaik, Pasukan Wanita Terbaik, Pegawai Sukan Terbaik, Jurulatih Terbaik.
|
Siapa terlibat
|
atlet, pengurus, jurulatih dan pegawai sukan yang mengharumkan nama daerah, negeri, negara dan antarabangsa
|
Penutup kecil
|
Sudah pasti dengan penganugerahan sukan yang diberi kepada pemenang dapat memotivasikan semua penerima yang terlibat dalam sukan untuk meningkat prestasi mereka pada masa hadapan.
|
perenggan penuh.
|
Kemudahan dan Peralatan Sukan
Isi 4: Kemudahan dan peralatan sukan
| |
Soalan
|
Kandungan
|
Apa isi?
|
Kemudahan dan peralatan sukan adalah elemen penting untuk memastikan atlet dapat meningkatkan prestasi sukan pada setiap masa
|
Bagaimana?
|
Kemudahan padang, infrastruktur, gimnasium memastikan perjalanan jadual latihan tidak tergendala seperti yang dirancang. Peralatan sukan perlu diurus dengan nerkesan dan dapat digunakan pada setiap masa serta tidak mendatangkan bencana yang nampak atauk tidak nampak.
|
Bila?
|
diselengara dan disediakan pada setiap masa latihan, pra pertandingan dan pertandingan sebenar
|
Dimana?
|
di padang sekolah, pusat latihan sukan dan sebagainya
|
Kesannya
|
Memberi motivasi dan keyakinan untuk atlet dan jurulatih membina peningkatan prestasi secara berterusan. Jika ada kemudahan fisioterapi, atlet yang cedera dapat melakukan rehabilitasi dengan berkesan.
|
Siapa terlibat
|
atlet, pengurus, jurulatih dan pegawai sukan yang diamanahkan
|
Penutup kecil
|
Tuntasnya, pencapaian atlet yang mendapat kemudahan dan peralatan sukan yang lengkap adalah lebih baik daripada pencapaian atlet yang tuada kemudahan dan alatan lengkap
|
perenggan penuh.
|
Sekolah Sukan
Isi 5: Sekolah Sukan
| |
Soalan
|
Kandungan
|
Apa isi?
| Sekolah sukan adalah sekolah yang dibina dan dikhaskan untuk pelajar-pelajar sekolah yang cemerlang dalam sukan dari dari seluruh berusia sewal usia 12 tahun. Mereka disatukan dalam satu sekolah mengikut disiplin sukan yang dipilih. |
Bagaimana?
|
Setiap pelajar akan dikumpulkan dalam sukan yang dipilih. Selain menghadapi pelajaran akademik, mereka juga akan terlibat dengan latihan yang dijadualkan oleh pihak sekolah di bawah jurulatih yang dilantih khas oleh pihak sekolah
|
Bila?
|
Latihan diadakan pada setiap hari pada sesi pagi dan petang. manakala pada setiap hujung minggu pelajar akan terlibat dengan perlawanan persahabatan antara negeri lain atau diperingkat antarabangsa.
|
Dimana?
|
di padang sekola sukan
|
Kesannya
|
Pelajar yang cemerlang dalam sekolah sukan akan dinaikkan taraf kepada pasukan elit di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Beberapa atlet keluaran sekolah sukan telah berjaya mengharumkan nama negara diperingkat antarabangsa seperti Khairul Hafiz produk Sekolah Sukan Bandar Penawar berjaya memecahkan rekod 100m dengan kepantas 10.18 saat memecahkan rekod milik Watson Nyambek 10.30 saat berusia 18 tahun dalam Sukan Malaysia di Sarawak 2016 dan menjadi pelari Asia terpantas selepas memasuk pertandingan OLahraga Remaja Dunia di Poland
|
Siapa terlibat
|
atlet cemerlang di sekolah
|
Penutup kecil
|
Tuntasnya sekolah sukan adalah wadah untuk kelompok atlet muda menjana pingat Olimpik pada masa depan jika mendapat bimbingan secara berterusan.
|
perenggan penuh.
|
No comments:
Post a Comment