Wednesday, February 25, 2015

Ulangkaji Rumusan

Latihan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]
Baca   petikan   di bawah   dengan  teliti,  kemudian   buat  satu  rumusan   tentang  punca-punca
pengangguran dalam kalangan siswazah dan kesan-kesan pengangguran. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi  120 patah  perkataan.

            Pengangguran merupakan salah satu permasalahan sosioekonomi  yang masih lagi membelenggu negara ini.  Setiap tahun, beribu-ribu orang siswazah menamatkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan harapan menggunung untuk mendapatkan kerjaya yang setimpal; namun, tidak semuanya bernasib baik. Berdasarkan Statistik Perburuhan dan Sumber Manusia 2008, jumlah pendaftar baharu yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja ialah 174,355 orang iaitu seramai 40,356 orang (23.1 peratus) memiliki  ijazah, manakala 35,832 orang (20.6 peratus) merupakan pemegang diploma.

            Sikap terlalu memilih  kerjaya  menyebabkan  peningkatan  masalah  pengangguran  dalam
kalangan siswazah. Hal ini menjadikan siswazah  sanggup menunggu pekerjaan yang eksklusif dan bergaji tinggi. Keadaan ini bertambah buruk apabila siswazah mempunyai interpretasi terlalu tinggi terhadap prasarana kerja seperti kredibiliti syarikat, fleksibiliti waktu bekerja, jarak, infrastruktur dan sistem pengangkutan yang baik. Ada juga sesetengah siswazah yang tidak optimistik dalam memilih bidang kerjaya. Mereka beranggapan demikian kerana kurang yakin dengan kemampuan diri dan kelulusan yang dimilikinya.

            Isu pengangguran dalam kalangan siswazah juga dikaitkan dengan sikap majikan yang sangsi terhadap kebolehan siswazah memandangkan mereka tidak mempunyai pengalaman bekerja. Majikan sanggup menawarkan kerja kepada golongan yang tidak berpendidikan tinggi dengan alasan mengurangkan kos upah.Sesetengah majikan melihat pengalaman dan kemahiran bekerja lebih penting berbanding dengan taraf pendidikan. Kebanyakan siswazah tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi secara berkesan untuk membolehkan mereka berdepan dengan pasaran kerja yang semakin kompetetif dan sengit. Siswazah IPT tempatan sekarang juga tidak mempunyai kekuatan penguasaan bahasa kedua seperti bahasa Inggeris, Mandarin dan sebagainya.

            Siswazah baharu sukar diserap ke alam pekerjaan kerana tiada kekosongan jawatan.  Hal ini disebabkan terdapat penjawat awam yang melanjutkan  pelajaran demi meningkatkan mobiliti sosial. Di samping itu, IPT didakwa kurang menawarkan kursus yang dikehendaki oleh pasaran kerja. Maka, tidak hairanlah jika kebanyakan siswazah akhirnya mencuba nasib dalam bidang yang tidak sesuai dengan kelulusan dan kemahiran mereka. Sementara itu, pembangunan  teknologi tinggi yang mula mengambil alih tugas manusia dalam sektor pengeluaran dan kemasukan pakar asing dari luar negara untuk bekerja di Malaysia tambah memburukkan keadaan. Siswazah perlu menilai  potensi diri sebelum berusaha mendapatkan sesuatu pekerjaan.      

            Konklusinya, pengangguran pasti dapat diatasi jika siswazah melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan meningkatkan kualiti diri yang dapat menyakinkan panel temu duga untuk jawatan yang dipohon.

              ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada
“ Dilema Pengangguran Siswazah,”
Dewan Masyarakat, Oktober 2009)
Soalan  2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan  yang berikut  dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i.              Berikan maksud rangkai kata semakin kompetetif.          [2 markah]
 
ii.             Mengapakah majikan sanggup menawarkan kerja kepada golongan yang tidak berpendidikan tinggi?         [3 markah]

iii.            Pada pandangan anda, apakah tindakan yang akan anda ambil jika anda masih tidak
     bernasib baik memburu kerjaya idaman walaupuan anda telah memiliki segulung ijazah?
                                                                                                                           
                                                                                                                          [4  markah]
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawapan rumusan anda:
1. Tentukan kata tugas utama dan kedua. Tukarkan kata pertama untuk kata tugas pertama.
punca-punca pengganguran dalam kalangan siswazah --> __________pengganguran dalam kalangan siswazah
Ayat perenggan pertama pilihan anda:
                 Petikan membincangkan _______________________________dalam ___________ seharian.
2. Cari isi tersurat (tercatat dalam teks) berkenaan kata tugas pertama - Senaraikan.
a.____________________________________________________________
b.____________________________________________________________
c.____________________________________________________________
d.____________________________________________________________
e.___________________________________________________________
f.___________________________________________________________
g.__________________________________________________________
h.__________________________________________________________
3. Gabungkan 6 isi terpilih menjadi perenggan yang padat dan  gramatis.
                Antara__________________________termasuklah ______________isi1__________dan ______________________isi 2___________. Disamping itu, __________isi 3________________ dan _________________isi 4___________________. Remaja juga ____________isi 5___________
dan _______isi 6________________.
4. Cari 2 isi tersirat menggunakan cetusan minda berdasarkan kata tugas kedua
kesan-kesan pengganguran
a.________________________________
b._______________________________
          Kesan-kesannya adalah _________________________________dan _____________
 5. Penutup dan kesimpulan 
Kesimpulannya ________________________(ayat cadangan)______________________agar ______________________(ayat harapan)______________________

Rumusan lengkap:

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Latihan 2  : Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian  buat satu rumusan  tentang cara-cara remaja menjalani gaya hidup sihat dan kesan-kesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi  120 patah  perkataan.

            Memetik kata-kata isteri presiden Amerika Syarikat, Michelle Obama,”Tiada yang lebih penting daripada kesihatan dan membesarkan anak-anak secara sihat,” kesihatan amatlah penting untuk  generasi muda terutamanya remaja. Namun begitu, masalah kesihatan seperti obesiti, dan diabetes dalam kalangan remaja hari ini bukan jenaka tetapi merupakan  realiti kehidupan.

            Kesihatan merupakan aset terpenting seseorang remaja. Seorang remaja yang sihat bukan sekadar bebas daripada penyakit tetapi sihat dari aspek fizikal, mental, emosi dan spiritualnya. Kunci penting dalam kesihatan adalah dengan mengetahui, melakukannya dan menyeimbangkan. Kaedah yang paling mudah bagi remaja untuk menjalani gaya hidup sihat adalah dengan mencari info tentang kesihatan dengan melayari laman sesawang, membaca buku dan bertanya dengan pakar kesihatan. Antara laman sesawang yang boleh dirujuk oleh remaja adalah  melalui laman info sihat yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.   Remaja juga boleh bertanya sendiri hal kesihatan dengan pakar dalam bidang ini. Tindakan bertanya amat digalakkan  sebelum remaja mencuba sendiri menjalani kehidupan sihat. Kes-kes menakutkan tentang remaja  cuba berdiet dengan tidak seimbang kerana khuatir dengan masalah obesiti sering kali  berlaku kerana tiadanya bimbingan serta rujukan daripada pakar kesihatan.

            Kunci seterusnya untuk hidup secara sihat adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat. Remaja memerlukan  lebih kandungan protein, kabohidrat, vitamin dan lemak dalam badan. Seterusnya, remaja perlu menekankan aspek penjagaan kebersihan diri. Hal ini bukan sahaja penting bagi memastikan badan remaja tidak berbau dan  disenangi oleh orang lain, malahan bagi memastikan remaja tidak terdedah dengan sebarang punca penyakit, seperti bakteria bahaya, kutu dan kulat.  Remaja perlu melakukan aktiviti bersenam untuk menjaga kesihatan. Jika minat menari, boleh juga menggunakan tarian sebagai  salah satu  senaman. Selain dapat mengisi masa lapang serta hidup dengan lebih sihat, remaja berpeluang mengasah bakat seni dalam diri remaja. Semuanya bermula dengan langkah pertama untuk mencuba.

            Aktiviti sihat tidak hanya berfokus kepada senaman untuk fizikal semata-mata. Otak juga perlu menjalani kehidupan yang sihat. Sehubungan dengan itu, remaja perlu menghindarkan diri daripada sebarang aktiviti negatif, seperti menagih dadah dan merokok, dapat membantu  remaja menjadi lebih cerdas. Tentu seronok jika otak dapat berfungsi dengan sepenuhnya apabila badan remaja  bersih daripada sebarang pencemaran. Aktiviti lain yang perlu dilakukan oleh remaja untuk hidup lebih sihat ialah masa rehat yang cukup. Waktu rehat yang secukupnya dapat membantu  remaja  merehatkan badan selepas seharian melakukan pelbagai aktiviti. Dalam menjalani kehidupan yang sihat, keseimbangan dalam hidup adalah sangat penting. Pengambilan makanan seimbang mengikut piramid makanan merupakan satu cara yang perlu diikuti oleh remaja bagi memastikan remaja terhindar daripada  sebarang penyakit.
            Pendek kata, cara hidup sihat bukan sahaja  dapat membantu remaja berfikir dengan lebih matang, tetapi dapat memberikan keyakinan diri dan daya kreativiti akan semakin bertambah.

                     ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Remaja Prihatin Remaja Sihat,”
Dewan Siswa, September, 2011)

Soalan  2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan  yang berikut  dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i.              Apakah  maksud  rangkai kata bukan jenaka?              [2 markah]

ii.             Mengapakah remaja perlu menitikberatkan aspek penjagaan kebersihan diri?    [3 markah]

iii.            Pada pendapat anda, mengapakah remaja pada hari ini gemar mengambil
      makanan segera?   [4  markah]
_________________________________________________________________________________
Jawapan rumusan anda:
1. Tentukan kata tugas utama dan kedua. Tukarkan kata pertama untuk kata tugas pertama.
cara-cara remaja menjalani gaya hidup sihat --> __________remaja menjalani gaya hidup sihat.
Ayat perenggan pertama pilihan anda:
                 Petikan membincangkan _______________________________dalam ___________ seharian.
2. Cari isi tersurat (tercatat dalam teks) berkenaan kata tugas pertama - Senaraikan.
a.____________________________________________________________
b.____________________________________________________________
c.____________________________________________________________
d.____________________________________________________________
e.___________________________________________________________
f.___________________________________________________________
g.__________________________________________________________
h.__________________________________________________________
3. Gabungkan 6 isi terpilih menjadi perenggan yang padat dan  gramatis.
                Antara__________________________termasuklah ______________isi1__________dan ______________________isi 2___________. Disamping itu, __________isi 3________________ dan _________________isi 4___________________. Remaja juga ____________isi 5___________
dan _______isi 6________________.
4. Cari 2 isi tersirat menggunakan cetusan minda berdasarkan kata tugas kedua
kesan-kesannya
a.________________________________
b._______________________________
          Kesan-kesannya adalah _________________________________dan _____________
 5. Penutup dan kesimpulan 
Kesimpulannya ________________________(ayat cadangan)______________________agar ______________________(ayat harapan)______________________

Rumusan lengkap:

 Petikan membincangkan _______________________________dalam ___________ seharian.
      
 Antara__________________________termasuklah ______________isi1__________dan ______________________isi 2___________. Disamping itu, __________isi 3________________ dan _________________isi 4___________________. Remaja juga ____________isi 5___________

dan _______isi 6________________.

Kesan-kesannya adalah _________________________________dan _____________

Kesimpulannya ________________________(ayat cadangan)______________________agar ______________________(ayat harapan)______________________

No comments:

Post a Comment

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...